diagnosis perubahan suhu badan b/d proses penyakit

Friday, 11 September 2015
assalammualaikum,,
lama tak ketemu..al-maklum,sibuk sungguh sekarang ni..tak de masa nak urus blog..btw,just nak share kpd student nurse yang baru.cause kita pun mula-mula macam diorang..mencari information tentang apa-apa entah yang lecture nak..ok..


Diagnosis kejururawatanü Perubahan suhu badan b/d proses penyakit.
Objektifü Menurunkan suhu badan pesakit ke paras normal.
 Intervensi kejururawatan1.     Monitor  tanda-tanda vital dari segi suhu,nadi,pernafasan,dan tekanan darah.
2.     Galakkan pesakit memakai pakaian yang nipis untuk menggalakkan haba dari badan dibebaskan ke persekitaran.
3.     Lakukan demahan sejuk  bagi suhu di antara 37.5’C hingga 38.4’C.
4.     Nasihatkan pesakit supaya minum air kosong sekurang-kurangnya
 8 hingga 10 gelas sehari untuk mengelakkan pesakit daripada dehidrasi.5.     Pasangkan kipas/buka tingkap/penghawa dingin untuk mewujudkan suasana yang sejuk bagi menggalakkan pembebasan haba.
6.     Teruskan pemasangan infusi intravena untuk meningkatkan kandungan cecair badan dan meningkatkan penghasilan urin.
7.     Berikan ubat paracetamol(PCM) 100 mg atas arahan doktor bagi mengurangkan suhu badan pesakit.
8.     Lakukan pemeriksaan suhu semula selepas 30 minit untuk melihat keberkesanan perawatan.
9.     Laporkan kepada doktor sekiranya terdapat sebarang keabnormalan pada keadaan pesakit.
10.                        Nilai semula keberkesanan tindakan perawatan kejururawatan untuk tindakan selanjutnya.
 Penilaianü Suhu badan pesakit kembali ke tahap normal.


ok,,harap ini dapat membantu korang semua..
share is caring,right?wassalam...

holiday is coming,but still not smile..why????

Thursday, 2 July 2015

mungkin sebilangan tak tahu ape yang dimaksudkan dengan di atas..tapi,,itulah yang faziera dan classmates faziera yang laen rase..CUTI....???yes,mmg syok sbb bukan senang nk cuti lame.3 weeks pon ok better than 1 weeks kan.erm,,tp yang ade dlm otak kitorg skarang ni masalah yang sdng melanda kat kitorg..harap2 bile kitorg blik slps raya seminggu x de khabar yang buruk.i hope so.just nak sdp kan hati semua org kan.btw,xnak fikirkan semua tu,faziera nk share sdikit gambar semasa faziera praktikal kat hospital.first of all,mmg takot nak hadap seorang  patient.tapi,,sehari demi sehari faziera dgn kawan2 faziera boleh buat.kene marah dgn clinical instrutor(CI) tu hal kedua,hal pertama tu macam mana nak hadap face to face dgn patient...btw,thanks a lot to senior yang sudi ajar kitorg yang buat memandai,thanks juga kat staffnurse yang sudi mengajar kami walaupun kami ni banyak kerenah..let me present to you all
 this one is our CI,pn. nurul huda..dia lawa kan..pada mulanya kitorg x kenal dia mcm mane sbb sbilangan senior kate pn.huda ni garang.tapi,sangkaan diorg meleset la.pn.huda ni baik sangt..adoii mmg rugi x rapat dgn dia..mmg dia suporting gile..ckp pon macam kitorg jgak..kitorg lagi la kacau..hahahahaha..thanks pn.huda sbb ajar kami semua..:)
 hah.yang tu k.irah..ermm,,biasalah kitorg ni suka selfie skit.sori kak,,kamera tu  x brape nampak muka kak.hehehehe
 hohohoho.thats my big family in our batch..its all about 17 student nurses..we will work hard in next sem..insaAllah..
 kekekeke..kitorang sempat lagi snap gambar dengan staffnurse dekat hospital setiu.they are so nice to us..thanks kak...
 hah,budak ni sorang kalu x buat lawak sehari x boleh.ade saja lawak dia buat sampai aku sengih slalu nampak taring gigi aku tu..tu ar,,adoii,,btw,,thanks kawan sbb spanjang kita kawan kau buat aku happy..thanks buddy!!!
 acaca gitu amik gambar dgn CI...
 hah yang ni lupak time kitorang kene OSCE..ermm,,mg berdebar tahap kritikal tahu tak..bukan ape,student dlm satu bilik tu kene buat prosuder yang ditetapkan oleh lecturer,then buat sorang2 kat dpn lecturer tu..adoiii,,mmg stop jantung kitorg..tapi,,alhamdulillah,everything is okay..semua lulus,budak kat sbelah tu bikin aku  snng hati bile duduk dekat dgn dia..
huuiishhh..thats our..tapi duorg lagi x de..so,
daripada pengalamn saya dari praktikal di hospital setiu ni,bnyak pengalaman yang saya dapat.dgn kematian,kelahiran,kemalangan,dan sebagainya banyak mengajar faziera serba sedikit lumrah kehidupan kita.so,before i the end this,slamat menyambut ramadhan almubarak,semoga di bulan yang berkat ini kita dapt rahmt daripadaNYA.inshaAllah..
2 weeks more hari raya will coming soon..assalammualaikum,,,,,,,,

bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga kesihatan diri..

Friday, 6 February 2015
assalammualaikum,,disini faziera ingin memberitahu serba sedikit mengenai cara Rasulullah s.a.w. menjaga kebersihan diri dan kita sebagai umat islam mestilah mengambil contoh drpd baginda supaya hidup kita sentiasa aman dan bahagia..


Rasulullah saw sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas yang berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit (maaf). Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:-
1. Selalu bangun sebelum Subuh.
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara pada waktu subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2. Menitikberatkan tatacara menjaga kebersihan.
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa, demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman.”(Hadis riwayat Muslim)
3. Tidak pernah makan berlebihan.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Salah satu sumber penyakit adalah datangnya dari perut (makanan). Amalan pemakanan yang tidak betul dan berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh memudharatkan tubuh kita. Galakan berpuasa merupakan suatu bentuk terapi yang boleh mengistirehatkan perut disamping menyihatkan tubuh badan kita.
4. Gemar berjalan kaki.
Rasulullah saw berjalan kaki ke masjid, pasar dan mengunjungi rumah-rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan dengan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5. Tidak pernah iri hati.
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. Banyakkanlah berdoa:“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
6. Tidak pemarah.
Nasihat Rasulullah ‘JANGAN MARAH’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad sahaja tetapi merangkumi juga kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.
7. Pemaaf.
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah saw, Insya-Allah akan dikupas pada masa-masa yang mendatang.

sekian,drpd saya.faziera sekadar ingin berkongsi untuk kita manfaatkan bersama-sama...^^

long time no see~~

Thursday, 5 February 2015
assalammualaikum,,apa kabar semua..terdetik faziera nak buka blog ini sekian lame menyepi..bukan ape..spanjang taun 2014 banyak perkara telah berlaku walhal negara kita sendiri pon mengalami masalah yang tidak dapat diduga..meskipun sudah masuk bulan februari taun 2015,faziera berharap tahun ini lebih dari tahun lepas.inshaAllah..semoga ade perkembangan..erm,,tanpa membuang masa sendiri,faziera dah sambung blaja dah dlm diploma kejururawatan.Pada awalnya,faziera sendiri terfikir-fikir samaada betol atau x keputusan ni..tapi dgn minat mendlm gila ni,,faziera berazam utk lakukan dgn sungguh-sungguh sampai faziera berjaya..itu matlamat faziera..before I end my conversation,let me introduce my classmates and roomates that i have been meet them in my college.alhamdulillah,,faziera senang berkawan dengan mereka semua..
 thats my clasamates..we are from batch 15.^^
 tu yang lawa tu kak kirah..KAK ye..older than me..shes nice and pretty sis..
thats all for now..hope we can meet again..bye..