diagnosis perubahan suhu badan b/d proses penyakit

Friday, 11 September 2015
assalammualaikum,,
lama tak ketemu..al-maklum,sibuk sungguh sekarang ni..tak de masa nak urus blog..btw,just nak share kpd student nurse yang baru.cause kita pun mula-mula macam diorang..mencari information tentang apa-apa entah yang lecture nak..ok..


Diagnosis kejururawatanü Perubahan suhu badan b/d proses penyakit.
Objektifü Menurunkan suhu badan pesakit ke paras normal.
 Intervensi kejururawatan1.     Monitor  tanda-tanda vital dari segi suhu,nadi,pernafasan,dan tekanan darah.
2.     Galakkan pesakit memakai pakaian yang nipis untuk menggalakkan haba dari badan dibebaskan ke persekitaran.
3.     Lakukan demahan sejuk  bagi suhu di antara 37.5’C hingga 38.4’C.
4.     Nasihatkan pesakit supaya minum air kosong sekurang-kurangnya
 8 hingga 10 gelas sehari untuk mengelakkan pesakit daripada dehidrasi.5.     Pasangkan kipas/buka tingkap/penghawa dingin untuk mewujudkan suasana yang sejuk bagi menggalakkan pembebasan haba.
6.     Teruskan pemasangan infusi intravena untuk meningkatkan kandungan cecair badan dan meningkatkan penghasilan urin.
7.     Berikan ubat paracetamol(PCM) 100 mg atas arahan doktor bagi mengurangkan suhu badan pesakit.
8.     Lakukan pemeriksaan suhu semula selepas 30 minit untuk melihat keberkesanan perawatan.
9.     Laporkan kepada doktor sekiranya terdapat sebarang keabnormalan pada keadaan pesakit.
10.                        Nilai semula keberkesanan tindakan perawatan kejururawatan untuk tindakan selanjutnya.
 Penilaianü Suhu badan pesakit kembali ke tahap normal.


ok,,harap ini dapat membantu korang semua..
share is caring,right?wassalam...